Followers

Sunday, February 27, 2011

Sahabat, Aku lemah...




Sahabat, Aku lemah...


Sahabat,
Aku lemah,
Benteng kubina telah pun musnah,
Ku mahu bangkit tetapi payah.




Sahabat,
Aku lemah,
Amat mudah digugat mehnah,
Kuatkanlah aku wahai sahabah.




Sahabat,
Aku lemah,
Bertarung nafsu kadangkala rebah,
Sedarkanlah aku dari taufah.




Sahabat,
Aku lemah,
Jatuh terhumban aku patah,
Papahkanlah aku ke jalan Allah.




Sahabat,
Aku lemah,
Namun ku takut menjadi fitnah,
Tegurlah aku biar berhikmah.



Sahabat,
Aku lemah,
Namun ku takut azabnya Allah,
Peringatkanlah aku jangan bersudah.


Ku tahu. . .
Sifat insan itu lemah,
Sendirian ia dikelilingi fitnah,
Selain iman pembenteng punah,
Kekuatan hadir di balik ukhwah.




Sahabat,
Aku lemah,
Kalian harapanku,
Janganlah biarkan aku terus hanyut. . .




Sabarlah denganku biarpun payah,
Tegurlah aku walaupun karenah.




Sebelum aku punah.
Sebelum aku menyesal tak sudah.
Sebelum aku di azab Allah.


Pimpinlah aku bersamamu
Kembali pada Allah
Moga-moga pengakhirannya
Khusnul khatimah


Ku berharap padamu,
Sahabat yang kisah.

----

Tika diri jauh dari Allah,
Ukhwah hadir,
Membawa secebis harapan,
Yang dahulunya telah punah.
Di Bumi-Nya.

No comments:

Post a Comment